Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi melawat Pameran Raja Kita di Universiti Malaysia Sarawak. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

‘Pameran Raja Kita’ di Samarahan wadah rakyat singkap institusi diraja

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 7 Sept: ‘Pameran Raja Kita’ yang dibuka di SummerMall sejak Khamis lalu hingga esok, di sini menjadi wadah kepada rakyat Sarawak terutama warga Samarahan mendalami latar belakang institusi diraja.

Pameran eksklusif yang menyingkap peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang perpaduan memayungi Malaysia turut menarik perhatian Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata pameran itu menyediakan banyak informasi menarik kepada rakyat wilayah ini.

“Pameran berkenaan mempunyai informasi yang begitu penting terutama sekali tentang latar belakang kerabat diraja dan peralatan yang digunakan di Istana dan ini merupakan juga tanda bahawa Sarawak sebagai salah sebuah daripada wilayah dalam Malaysia, melihat bahawa peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara adalah lambang perpaduan untuk semua kaum di negara kita Malaysia yang terdiri daripada berbagai etnik, terutama sekali di Sarawak.

“Jadi, sambutan ini adalah salah satu daripada sambutan sebagai tanda adanya perpaduan terutama sekali di Sarawak di bawah Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Teh di Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

TYT, Premier Sarawak sempurnakan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak

 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu menzahirkan keterujaan terhadap sambutan yang memberangsangkan orang ramai sepanjang pameran berkenaan.

“Saya percaya dan yakin bahawa ianya akan menarik lebih ramai para pengunjung terutama sekali dari sekitar Bahagian Samarahan dan juga daripada sekitar Bahagian Kuching.

“Kalau kita lihat misalnya yang datang dari jauh pun ada yang hadir dan ini menunjukkan adanya minat dan sambutan terhadap pameran yang sebegini sebab pameran yang sebegini jarang-jarang diadakan di Sarawak,” katanya lagi.

Pameran berkenaan diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Jabatan Muzium Malaysia yang dipamerkan dalam bentuk digital 3D sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2024.

Terdahulu, pada sebelah pagi Tun Dr Wan Junaidi serta isteri diiringi Premier Sarawak Datuk Patingg Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyempurnakan Majlis Jamuan Teh di sini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan