Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh bercakap semasa Jelajah Saya Digital Kuching di Plaza Merdeka, Kuching, pada Sabtu. Foto TVS

MDEC perkukuh kemahiran digital rakyat dalam mendepani ekonomi digital

KUCHING, 7 Sept: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Digital (KD) telah menganjurkan siri ke-78 program Jelajah Saya Digital (JSD) di Plaza Merdeka di sini, yang disokong oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC).

Ia bertujuan bagi membantu meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam
mendepani ekonomi digital sekali gus sebagai inisiatif  kerajaan dalam mendayaupayakan
rakyat menangani kos sara hidup, di samping mewujudkan kesedaran tentang kepentingan teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar.

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Program JSD menumpukan kepada empat teras utamanya iaitu Saya Digital Literasi, Saya Digital Bisnes, Saya Digital Freelance, dan Saya Digital Kerjaya di mana ia memberi manfaat kepada golongan sasaran seperti B40, warga emas dan pelajar sekolah bagi memberi peluang mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi digital negara.

“Maka mereka ini dapat kembangkan perniagaan menggunakan teknologi digital dan kita harap mereka ini boleh pengaruhi ramai daripada kalangan usahawan dan dapat juga dana hasil yang sama.

“Kita hendak merapatkan jurang daripada warga emas sehinggalah kepada peringkat pelajar sekolah sebab itu hari ini pun ada pelajar sekolah yang turut hadir,” katanya ketika ditemui media selepas program itu hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, jelajah itu perlu diteruskan di kawasan Sarawak yang lain bagi mewujudkan kesedaran mengenai teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, hal ini kerana perkara tersebut secara tidak langsung dapat memberi peluang sama rata kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar bagi meningkatkan keupayaan usahawan untuk mengguna pakai teknologi digital dan meningkatkan jualan pendapatan.

“Saya mintakan MDEC ini teruskan jelajah  supaya rakyat seperti di Bintulu, Miri, Kapit dan Belaga dapat menikmati kemudahan ini, kita akan terus memberikan pandangan dan juga perhatian supaya rakan-rakan pendagang kecil dapat menjanakan pendapatan bulanan dan juga sebagainya,” katanya.

Tahun ini, MDEC menyasarkan seramai 40,000 peserta akan menyertai program JSD di
31 lokasi dan setakat ini seramai 37,891 rakyat dari seluruh negara telah menyertainya secara fizikal dan atas talian.

Menerusi JSD, MDEC juga telah melaksanakan beberapa program lain antaranya program eUsahawan dan MyDigitalMaker.

Dalam program eUsahawan, seramai 564,629 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan usahawan di seluruh negara, dengan mencapai jualan terkumpul melebihi RM1.26 bilion dan dari jumlah itu, seramai 34,104 usahawan dari Sarawak telah berjaya menjana jualan terkumpul melebihi RM51.63 juta.

Sementara itu, program MyDigitalMaker pula telah memberi impak kepada lebih 2.5 juta pelajar sekolah di seluruh negara melalui penglibatan dalam aktiviti pembuatan digital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan