Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Majlis Antarabudaya Kuih Bulan 2024 di Kuching malam ini. Foto TVS

Kuih bulan wadah penyatuan masyarakat majmuk – Karim

KUCHING, 7 Sept: Lebih 800 pengunjung hadir memeriahkan Festival Antarabudaya Kuih Bulan Kuching 2024 yang berlangsung di Jalan Carpenter di sini, malam ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Pembangunan Usahawan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival itu merupakan wadah penyatuan masyarakat majmuk di negeri ini, selain menjadi acara yang mampu menarik ramai pelancong bertandang ke Sarawak.

“Salah satu tarikan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh, meskipun begitu sinonim dengan komuniti Cina, kita di Sarawak ini menyambutnya bersama-sama tanpa mengira latar belakang yang berbeza. Jika diperhatikan kepada mereka yang berniaga semasa keraian ini, hampir separuh peniaga merupakan usahawan bumiputera,” katanya di majlis itu.

Untuk rekod, kuih bulan merupakan medium untuk menyampaikan mesej rahsia di medan perang, di mana informasi akan diselitkan di dalam inti kuih bulan tersebut.

Kini, festival kuih bulan diraikan untuk mengukuhkan kesefahaman sesama masyarakat.

Hadir sama Presiden Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching, Kapitan Lim Chuan Chan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan