Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah menyampaikan cenderahati kepada Lukanisman sebagai penghargaan. Foto TVS

Kuarters kakitangan kesihatan perlu dibaik pulih sudah dikenal pasti

SIBU, 7 Sept: Semua kuarters kakitangan kesihatan di Sarawak yang perlu dibaik pulih sudah dikenal pasti, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata, ia akan dibentangkan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan menteri bertanggungjawab sekali gus membincangkan mengenai reka bentuk serta kos projek.

“Kita menggunakan mekanisme bayaran pendahuluan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan projek dan ketika ini kita sudah mendapat RM50 juta daripada KKM dan RM50 juta daripada Kerajaan Sarawak.

“Premier Sarawak menekankan agar peruntukan ini digunakan untuk mendirikan kuarters berkualiti dan pada masa sama menggantikan klinik yang dikenal pasti di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 di SMK Agama Sibu pada Sabtu.

Lukanisman menjelaskan, pelaksanaan projek tersebut dijangka mengambil masa 18 bulan melalui peruntukan RM100 juta yang disediakan.

Menurutnya, ia merupakan inisiatif khas buat Sarawak yang mana pada masa sama KKM juga melaksanakan baik pulih dan bina baharu klinik di bawah program Bitara Madani yang bermula tahun lalu.

“Pada tahun ini, sebanyak 39 projek baik pulih klinik daif dilaksanakan melibatkan penggantian penuh dan menangani isu kritikal,” ujarnya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak pada Khamis berkata Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menaik taraf kuarters kakitangan kesihatan di wilayah ini.

Mengulas mengenai ANMS, Lukanisman berkata, sebanyak 15 lokasi di seluruh Sarawak terlibat sejak 15 Ogos lalu dan berakhir 8 Oktober.

Menurutnya, KKM memperkenalkan ANMS bagi menangani isu kesihatan semasa dan bertindak melalui pendekatan serta strategi yang digariskan melalui pelan jangka panjang.

“Pelbagai inisiatif dilaksanakan di bawah ANMS termasuk Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang disambut setiap tahun pada bulan September.

“Objektif utamanya adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia sihat sejahtera,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan