Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik 2024 di Paris. Foto Bernama

Kejayaan Bonnie pembakar semangat atlet lain

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin.

Bonnie memenangi pingat emas acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024 semalam.

Menerusi kenyaaan Astana Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi berbangga dan kagum dengan kejayaan atlet kelahiran Serian itu yang berjaya memecahkan rekod dunia miliknya menerusi angkatan seberat 232 kg yang dilakukan dalam percubaan ketiga.

Beliau menyifatkan kejayaan yang dilakar Bonnie itu akan mewujudkan sokongan kolektif dan membakar semangat atlet lain untuk berjuang dalam sukan yang mereka ceburi.

“Saya bersama-sama seluruh rakyat Sarawak amat berbangga dengan pencapaian saudara Bonnie kerana berjaya memperoleh pingat emas untuk Malaysia. Anda membuatkan Malaysia dan Sarawak berbangga.

“Pencapaian luar biasa yang dilakar saudara Bonnie akan membakar semangat atlet para negara terutama anak Sarawak,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Semalam, atlet berusia 25 tahun itu terus unggul apabila menyempurnakan percubaan kedua 226kg sebelum mengesahkan angkatan 232kg untuk membawa pulang emas kedua kontinjen Malaysia di Paralimpik Paris 2024.

Ia sekali gus menyaksikan Bonnie sukar digugat dengan melakukan angkat seberat 232kg dan meleburkan rekod lama miliknya 231kg yang dilakukan pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai.

Bukan itu sahaja, jumlah angkatannya itu merupakan rekod baharu temasya Sukan Paralimpik mengatasi rekod lama juga milik Bonnie iaitu 228kg pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan