Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sibuti Datuk Lukanisman Abang Sauni berucap di Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Enam sesi 2023 SMK Suai di sini, hari ini. Foto Ahnaf Aqil (TVS)

Insentif untuk lepasan STPM SMK Suai

BySalasiah Safian

MIRI, 7 Sept: Ahli Parlimen Sibuti Datuk Lukanisman Awang Sauni menggesa lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) SMK Suai yang menerima tawaran masuk universiti memohon insentif di Pusat Khidmat Parlimen Sibuti.

Beliau berkata, insentif tersebut sebagai galakan untuk melakar kejayaan lebih besar semasa melanjutkan pelajaran di universiti.

“Saya mempunyai inisiatif atau insentif yang mana setiap pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta boleh menghantar surat tawaran anda ke Pusat Khidmat Parlimen Sibuti.

“Saya tidak mengira sama ada anda pengundi saya atau tidak, kerana syarat adalah bersekolah di SMK Suai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Enam sesi 2023 SMK Suai di sini, hari ini.

Lukanisman yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, bagi membantu dalam aspek kewangan, ibu bapa boleh memohon dengan Yayasan Sarawak.

Bagaimanapun menurutnya, permohonan hanya boleh dibuat sebulan selepas menerima surat tawaran atau sebelum mendaftar di universiti.

“Saya berharap ibu bapa tidak mengambil keputusan terburu-buru dengan tidak menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran memandangkan sumber kewangan masih boleh diusahakan,” ujarnya.

Malah menurutnya, terdapat banyak bantuan disediakan Kerajaan Sarawak untuk memudahkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

SMK Suai menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dan muncul sekolah luar bandar terbaik di Pejabat Pendidikan Daerah Subis yang mana seorang pelajarnya, Johansson Laga Jerry mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dan 25 lagi memperoleh PNGK 3.00 ke atas.

Melalui semakan UPUOnline pada 6 September 2024, seramai 32 orang pelajar telah mendapat tawaran ke universiti awam sesi akademik 2024/2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan