Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang kategori Anugerah Sulaman dan Perhiasan Penggiat Inovatif, Danny Mohamad Zulkifli. Foto Danny Mohamad Zulkifli (FB)

HGTA 2024 platform artis tekstil tempatan kongsi karya, inspirasi

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Anugerah Benang Emas Hasanah (HGTA 2024) membuka jalan kepada artis tekstil tempatan untuk mempamerkan karya dan berkongsi inspirasi secara meluas.

Penerima bagi kategori Anugerah Melukis dan Mengecap Tradisional, Mohd Azwarin Ahmed menyifatkan HGTA 2024 sebagao pentas memperkasakan hasil kesenian tempatan sekali gus wadah pengiktirafan kepada penggiat industri.

Aspirasi pemenang Anugerah HGTA 2024 | TVS

“Kita di Malaysia sangat kaya dengan tekstil sangat banyak dan itu menunjukkan bahawa tamadun kita sebagai orang berbangsa melayu ini tidak jauh ketinggalan dengan bangsa yang lain, dengan menghidupkannya semula ia akan memeriahkan lagi dan menonjolkan malaysia ini di mata dunia,” katanya pada Jumaat.

Bagi pemenang kategori Anugerah Sulaman dan Perhiasan Penggiat Inovatif, Danny Mohamad Zulkifli pula, menyatakan seni sulaman kini tidak lagi dimonopoli oleh golongan wanita bahkan ia turut menjadi sumber pendapatan kaum adam kini.

“Sekarang ini macam dunia sudah maju dan tidak semestinya wanita sahaja, lelaki pun boleh buat juga dan mungkin lelaki lagi cantik lagi buat seni sulaman keringkam dan itulah galakkan daripada saya lah.

“Sebab bukan sahaja kita dapat menghargai seni, ianya macam salah satu sumber pendapatan yang amat baik untuk kita, kata orang, eksplorasikan. Kalau kita buat dengan betul,” ujarnya.

Manakala bagi penerima kategori anugerah tambahan (Anugerah Pencapaian Belia), Nor Haimah Mohammad pula mengalakkan anak muda untuk terus mengekalkan dan mempelajari seni tenunan agar tidak ditelan zaman.

“Saya menggalakkan anak muda untuk cuba pelajari seni tenunan ini sebab kalau kita dapat lihat generasi sekarang kan seni tenunan itu sudah nak pupus. Kita mesti cari generasi baru untuk pupukkan balik, untuk angkatkan balik kita punya hasil tenunan lah,” katanya.

Pemenang Kerja Manik Inovatif, Kenny Loh pula menekankan bahawa seni dan budaya tradisi Malaysia harus diperkenalkan diseluruh dunia untuk memartabatkan lagi nama Malaysia di mata dunia.

“Ini adalah identiti Malaysia dan identiti Malaysia yang sedia ada ini tidak begitu terkenal di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya berfikir jika seni dan kraf ini diperkenalkan di seluruh dunia saya berfikir kita akan sangat berbangga dengan apa yang kita miliki di Malaysia,” jelasnya.

Anugerah Benang Emas Hasanah (HGTA 2024) dengan tema ‘Menjalin masa, menyulam seni bangsa’ merupakan sambutan warisan tekstil Malaysia dengan menyatukan pemimpin, pihak berkepentingan industri dan penerima anugerah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan