Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keindahan Gunung Buda. Foto TVS

Gunung Buda tarikan pelancongan antarabangsa

LIMBANG, 7 Sept: Masyarakat Lun Bawang, Kelabit, Tabun, Iban dan Penan di sekitar Gunung Buda berharap gunung tersebut dibangunkan segera untuk mengangkat sektor pelancongan domestik serta ekonomi penduduk.

Menurut mereka Gunung Buda yang diiktiraf sebagai khazanah dunia, mempunyai sistem gua terbesar dan unik setanding Gunung Mulu.

Ia perlu dibangunkan kerana impaknya dalam memacu ekonomi masyarakat disekitarnya.

Kata mereka usaha membangunkan Gunung Buda perlu dipergiat kerana potensinya yang cukup besar sebagai daya tarikan pelancongan antarabangsa dengan membina akses jalan raya menghubungkan destinasi pelancongan terkemuka itu dengan dunia luar.

Bagi Tuai Rumah Panjang Ting Ting Rian, Lubai, Jerry Gra berkata masyarakat Bumiputera termasuk kaum Iban di kawasan itu mempunyai banyak kebudayaan, produk kraf tangan serta pelancongan dan inap desa yang mampu diperluaskan apabila Gunung Buda dibangunkan nanti.

“Kami meminta bantuan daripada kerajaan untuk membina jalan raya menuju ke Gunung Buda secepat mungkin kerana itu yang digunakan penduduk kampung untuk memajukan sektor pelancongan,” ketika ditemui media pada mesyuarat bersama ahli jawatankuasa Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu dan Koperasi Gunung Buda Bersatu di Limbang hari ini.

Bagi penduduk kaum Penan yang juga Tuai Rumah Long Meging Baram, Kala Konee, menjelaskan penduduk Penan turut senada agar Gunung Buda dibangunkan segera kerana manfaatnya kepada kaum Penan di kawasan itu.

“Kami minta kerajaan membangunkan Gunung Buda ini secepatnya kerana kaum Penan juga mempunyai banyak kebudayan yang dapat dipromosikan bersama dengan pembangunan di Gunung Buda,”katanya lagi.

Seorang lagi penduduk kaum Lun Bawang dari Kampung Lubuk Aur Yahuda Ipai, menjelaskan aktiviti ekonomi penduduk setempat dapat dihidupkan, sekiranya akses jalan raya ke gunung itu dapat dibina.

Katanya permohonan untuk melihat Gunung Buda dapat dimajukan sudah diutarakan lebih 20 tahun, namun belum dapat dilaksanakan sehingga kini.

Yahuda yang juga setiausaha, Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu yang kini berusia lebih 20 tahun sejak ditubuhkan pada Disember 1998 menambah syarikat itu berhasrat untuk membangunkan sektor pelancongan masyarakat sekitarnya melalui pembangunan di Gunung Buda.

Ia melibatkan masyarakat Lun Bawang, Kelabit, Tabun, Iban, Penan dan sekitarnya yang mendiami kawasan dan rumah panjang berhampiran Gunung Buda.

Katanya lagi, Gunung Buda mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai daya tarikan pelancong. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan