Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Ripin Lamat menyerahkan sijil kepada peserta. Foto TVS

Golongan belia tunjuk minat tinggi dalam bidang keusahawanan

MIRI, 7 Sept: Golongan belia telah menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan melalui penglibatan yang ketara dalam program keusahawanan di bawah anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Datuk Dr. Ripin Lamat berkata, perkara ini menunjukkan gambaran yang positif apabila ramai daripada mereka menjadi majikan sendiri dan juga memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dalam perniagaan mereka.

“Saya lihat para belia di setiap program MYSED anjurkan, nampak ketara minat belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan begitu tinggi. Jadi ini menandakan satu keadaan yang positif di mana masyarakat kita sudah menunjukkan minat yang begitu tinggi terhadap bidang keusahawanan.

“Jadi, usaha kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pencipta kerja dan bukan pencari kerja nampak gambaran positif. Yang mana menjadi majikan sendiri dan selepas itu, mengambil belia lain sebagai pekerja. Itulah yang menjadi pencipta kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan Program “Jum Start Biznes! – Jelajah Usahawan Muda SABERKAS” Siri Ke-6 2024 di sebuah hotel pada Sabtu.

Ripin menggalakkan kepada para belia untuk terus mengambil peluang menyertai program dan mendapatkan bantuan kerajaan bagi mempersiapkan diri mereka dengan ilmu dan modal sebelum melakukan sesuatu perniagaan.

Beliau juga menyeru kepada para usahawan belia untuk keluar dari zon selesa dalam perniagaan mereka, sebaliknya untuk terus berusaha mengembangkan produk mereka dengan lebih jauh agar perniagaan mereka dapat menjadi maju dalam jangka masa panjang.

Program ini merupakan anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dengan kerjasama MYSED Sarawak sebagai platform kepada peserta untuk menimba ilmu dan seterusnya mampu menjana perniagaan pada masa hadapan.

Sekitar 200 peserta belia berusia 18 sehingga 39 tahun dari kawasan utara Sarawak seperti SABERKAS Cawangan Lambir, Persatuan Belia Miri, I-CATS Miri dan lain-lain yang terlibat dalam program sehari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan