Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat menyampaikan anugerah kepada johan keseluruhan, kumpulan Bubur Hujan dari Dewan Suarah Baram. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Ciptaan reka bentuk perlu dijadikan punca pendapatan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Sept: Semua ciptaan reka bentuk atau inovasi yang boleh diaplikasikan secara meluas dan memberi impak positif kepada masyarakat perlu dijadikan sebagai penjanaan pendapatan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, ia berdasarkan kepada peningkatan ketara dari segi penyertaan dalam Anugerah Konvensyen Mini Kumpulan Inovasi dan Kreatif (ICC) anjuran kementeriannya.

Menurutnya, peserta menghasilkan produk yang mampu menyumbang kepada nilai kewangan dan pendapatan sama ada kepada individu, kumpulan atau Kerajaan Sarawak.

“Jika kita lihat kerangka Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang diilhamkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, inovasi dan kreativiti merupakan salah satu elemen utama yang boleh memacu ekonomi negeri menjadi lebih maju serta cemerlang.

“Di Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) sendiri, banyak idea dan kebolehan kakitangan kita yang boleh menjana pendapatan, cuma mungkin ramai yang belum faham bagaimana caran untuk menjadikan ia sebagai pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Anugerah Konvensyen Mini ICC MYSED 2024, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ripin berkata, beliau mahu MYSED menjadi pelopor merangka satu hab kepada syarikat permulaan dalam memastikan segala produk yang direka bentuk boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

“Kita ada melihat startup hub di Seoul, Korea Selatan dan mungkin konsep ini boleh diadaptasi yang mana apa-apa reka bentuk di dalam ICC boleh diinovasikan supaya menjadi lebih baik, berkualiti dan dipasarkan termasuklah dipatenkan dan dilakukan tanda dagangan kepada produk tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Ripin turut berkesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan MYSED yang bertungkus lumus dalam memastikan segala persiapan semasa penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.

Pada majlis itu juga, kumpulan Bubur Hujan dari Dewan Suarah Baram diumumkan sebagai johan keseluruhan yang mencipta Flexi Chair Trolley selain turut merangkul Anugerah Inovasi Terbaik, Mudskipper dari Kem Belia Pueh (Anugerah Pameran Terbaik) dan Ready Steady Go dari Pejabat MYSED Bahagian Miri (Anugerah Persembahan Terbaik). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan