Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HGTA 2024 bertujuan untuk memberi penghormatan atas sumbangan dan kemahiran karyawan tekstil yang luar biasa, selain mempamerkan kesenian dan memperkukuh kesinambungan tekstil warisan di negara ini. Foto TVS

Anugerah Benang Emas Hasanah 2024 rai karyawan tekstil Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Anugerah Benang Emas Hasanah (HGTA 2024) memberi penghormatan kepada sumbangan dan kemahiran karyawan tekstil di Malaysia.

Penganjurnya, Jackie Fong berkata, bertemakan ‘menjalin masa, menyulam seni bangsa’ HGTA 2024 itu turut mempamerkan kesenian dan memperkukuh kesinambungan tekstil warisan di negara ini.

Anugerah Benang Emas Hasanah 2024 | TVS

Menurutnya pada masa sama, HGTA 2024 turut meraikan sambutan warisan tekstil Malaysia dengan menyatukan pemimpin, pihak berkepentingan industri dan penerima anugerah.

“Pertandingan ini adalah untuk menyanjungi para karyawan tekstil yang telah bertahun-tahun (terlibat).

“Bertahun-tahun yang tidak ada orang yang memberi perhatian kepada mereka, mereka duduk saja di rumah membuat tekstil, tidak ada sebarang penghormatan atau mereka tidak menerima sebarang pengiktirafan dan orang ini, mereka memang adalah pemegang amanah kepada tekstil negara kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Siti Kamariah berharap budaya pemakaian baju atau tekstil tradisional dapat dijadikan norma rakyat Malaysia.

“Tapi apa yang kita cuba capai di sini adalah memastikan ia menjadi arus perdana jadi ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari, jadi memakai songket di dunia adalah norma,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan HGTA 2024 berhasrat untuk terus memperjuangkan amalan tradisional, serta inspirasi dalam kalangan bakat muda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan