Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), Fredick Kevin Buseli semasa sesi bergambar. Foto: TVS

Aktiviti STEM Playground semai minat kanak-kanak, pelajar sekolah

MIRI, 7 September: Program STEM Playground anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menjanjikan pelbagai aktiviti bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) untuk  kanak-kanak dan pelajar sekolah di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang berkata pameran yang menonjolkan kreativiti dan inovasi itu antara inisiatif pihaknya menyemai minat selain memberi pendedahan awal kepada para pelajar secara mendalam.

“Inisiatif dan rangsangan awal kepada anak-anak melalui pelbagai platform termasuk STEM Playground ini dapat membantu membina minat mereka sejak kecil serta memberi pendedahan yang lebih mendalam dalam bidang STEM, sekali gus meningkatkan kebarangkalian mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini pada peringkat yang lebih tinggi kelak,” katanya.

Udin berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), Fredick Kevin Buseli pada Majlis Perasmian TEGAS STEM Playground di Pustaka Negeri Sarawak Miri pada Sabtu.

Udin juga memberitahu peranan pelajar STEM amat penting dalam memenuhi keperluan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran selain membawa inovasi yang mengubah landskap industri teknikal Sarawak bagi mencapai matlamat wilayah berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

Meskipun data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan sejumlah 50.18 peratus pelajar memilih bidang STEM di Tingkatan 4 dan masih belum mencapai sasaran kebangsaan iaitu sebanyak 60 peratus, Udin melihat peratusan itu sebagai perkembangan positif ke arah pencapaiannya menjelang tahun 2030.

Bertemakan ‘Discover, Create, Innovate’, program itu berlangsung selama dua hari, 7 dan 8 September padat dengan pelbagai aktiviti berasaskan STEM seperti Junior Innovate, Young Innovators Challenge dan lain-lain.

Para pelajar dan kanak-kanak disajikan dengan pelbagai ilmu sains dan teknologi yang bermanfaat selain memberi peluang mengetengahkan bakat terpendam mereka dalam pelbagai bidang STEM melalui program-program yang dianjurkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan