Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Joanne Rodrigues ketika ditemu bual TVS selepas hari pertama program Sarawak Women of Tomorrow 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto: TVS

Affin Bank sokong inisiatif perkasa wanita

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 7 Sept: Affin Bank Berhad (Affin Bank) komited melakukan kepelbagaian dan inovasi selari dengan visi untuk menjadi syarikat kewangan paling kreatif di Malaysia.

Ketua Pegawai Kewangan Affin Bank Berhad Joanne Rodrigues berkata, dengan hampir 40 peratus tenaga kerja terdiri daripada wanita, Affin Bank berhasrat menggalakkan golongan tersebut menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat.

“Kami harus memastikan perwakilan yang sama antara lelaki dan wanita.

“Kami (Affin Bank Berhad) menyokong inisiatif Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) dan menggalakkan lebih banyak inisiatif untuk wanita berkembang dengan tujuan mengisi jurang dalam inovasi dan menyumbang kepada visi keseluruhan,” katanya kepada TVS selepas hari pertama program Sarawak Women of Tomorrow 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Mengenai rancangan bekerjasama dengan SWOT dalam memperkasa kepimpinan dan ekonomi wanita, beliau berkata, Affin Bank mengambil langkah demi langkah untuk melakukan penambahbaikan bagi menyokong inisiatif SWOT.

“Menerusi bootcamp SWOT, kami tertarik dengan visi yang bertujuan membina wanita di Sarawak pada masa hadapan.

“Dengan memberi tumpuan kepada peningkatan diri, wanita dapat menjadi pemimpin lebih baik, menyumbang kepada ekonomi, politik, dan kebaikan negara,” ujarnya.

Joanne Rodrigues (kiri) ketika Sustainable Leadership in a Changing World: Strategis For Transformational Impact. Foto TVS

Tambahnya, matlamat itu adalah untuk memberikan keyakinan kepada wanita dan menggalakkan mereka memainkan peranan signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dunia korporat.

Untuk rekod, Affin Bank melancarkan Affingem di bawah program perbankan perusahaan yang juga pautan khusus untuk wanita dengan tujuan membantu wanita berkembang.

Program ini menggalakkan wanita melalui platform seperti aplikasi SME Colony dengan menyediakan jaringan kepada semua usahawan

Matlamatnya adalah untuk membina keyakinan dalam kepimpinan dan membawa diri mereka ke tahap seterusnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan