Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir ke Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong ke-17 peringkat Sarawak di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan pada Jumaat. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Tun Wan Junaidi, 700 jemaah hadir majlis kesyukuran

ByRadzi Ahmad

KOTA SAMARAHAN, 6 Sept: Kira-kira 700 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin di sini pada Jumaat.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Sanusi yang tiba di Masjid Al-Muttaqin pada jam 6.32 petang dan disambut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin dan doa kesyukuran yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Sejurus selepas itu, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin menyampaikan khutbah khas bertajuk “Kesetiaan Dalam Kepimpinan”.

Selesai menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan zikir marhaban oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Samarahan sebelum majlis jamuan makan malam bermula.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan