Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Darat Malaysia memberkas empat suspek penyeludupan daun ketum bersama 129 kilogram daun ketum dan empat buah kenderaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia di sini semalam. Foto Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat gagalkan seludup 129 kg daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG TERAP, 6 Sept: Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan penyeludupan daun ketum dengan penemuan daun ketum seberat 129 kilogram (kg) di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), empat suspek berusia 22 hingga 43 tahun menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan dua buah motosikal jenis Honda Wave turut ditahan di lokasi jam 12.20 tengah hari tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek telah melakukan aktiviti penyeludupan dengan cara meninggalkan bungkusan berisi ketum di beberapa kawasan di sekitar kawasan hutan sempadan.

“Hasil soal siasat, pasukan beroperasi menemui enam guni berisi daun ketum seberat 129 kg yang dianggarkan bernilai RM60,320,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, suspek bersama barang rampasan termasuk kenderaan, empat buah telefon bimbit, beg, parang dan ‘power bank’ kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan