Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian merasmikan Perkampungan SUKIPT 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. Foto Naib Canselor UUM (FB)

SUKIPT 2024 buka tirai dengan penyertaan lebih 6,000 atlet

ByBernama

SINTOK, 6 Sept: Penyertaan lebih 6,000 atlet dari 76 kontinjen pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 yang membuka tirai hari ini dijangka menjadikan temasya tahun ini lebih sengit berbanding penganjuran sebelumnya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata kehadiran jumlah atlet yang ramai itu menunjukkan setiap kontinjen telah melakukan persiapan awal untuk temasya berkenaan.

“Kalau dilihat kontinjen yang hadir, bukan setakat IPTA tapi juga IPTS dan mereka sebenarnya teruja bila ada sukan dianjurkan dua tahun sekali ini.

“IPTS juga ingin menonjolkan bakat-bakat dalam sukan yang boleh mereka bertanding dan ada potensi untuk menang…jadi mereka tahu mereka ditahap mana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perkampungan SUKIPT 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan.

Mengulas lanjut, Megat Sany berkata penglibatan lebih ramai atlet khususnya dari IPTS yang menghantar lebih 40 kontinjen pada temasya kali ini juga dilihat mampu memecah penguasaan IPTA tertentu dalam beberapa acara sukan serta mampu melahirkan atlet baharu berbakat besar.

“Kalau kita tengok sejarah sebelum ini, memang ada universiti yang kuat sebagai contoh Universiti Putra Malaysia (UPM)…Tetapi mutakhir ini sudah banyak universiti menjadi lebih kompetetif…cabaran itu akan semakin hangat sekarang ini,” katanya.

SUKIPT edisi keenam yang bermula hari ini sehingga 14 Sept di UUM selaku tuan rumah itu mempertandingkan 28 acara sukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan