Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kualiti udara ambien di Sarawak telah menunjukkan tren bacaan IPU yang meningkat. Foto hiasan Envato

Serian rekod IPU tidak sihat pagi tadi

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 6 Sept:: Stesen Pemantauan Kualiti Udara Serian merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pada jam 9 pagi tadi selain sebanyak 20 titik panas dikesan di Sarawak setakat semalam (5 Sept).

Kenyataan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak memaklumkan kualiti udara ambien di Sarawak menunjukkan tren bacaan IPU yang meningkat sejak 1 September 2024.

Menurut kenyataan, Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) juga melaporkan sejumlah 1,825 titik panas juta dikesan di Kalimantan bagi tempoh 1 hingga 5 September lalu.

“Memandangkan negara kita sekarang berada dalam fasa Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 17 Mei 2024 dan dijangkakan berakhir pada September 2024, rantau negara akan menerima tiupan angin secara konsisten dari arah barat daya,” catat kenyataan berkenaan.

Menurut NREB, keadaan terbabit berpotensi menyebabkan kemungkinan jerebu rentas sempadan dan kemerosotan kualiti udara ambien di wilayah Sarawak.

Sehubungan itu, NERB melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengaktifkan bilik operasi jerebu, rondaan lapangan, memberhentikan pengeluaran permit pembakaran terkawal serta notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek dan juga mengadakan program kesedaran larangan pembakaran terbuka bersama agensi-agensi lain bagi memastikan kualiti udara terjaga.

Pada masa sama, NERB turut mengajak semua agensi kerajaan serta orang ramai bertanggungjawab dalam menangani punca serta mengurangkan risiko jerebu.

Sementara itu, orang ramai juga disarankan untuk mengambil beberapa langkah ketika menghadapi tempoh cuaca panas dan kering termasuk minum air dengan secukupnya dan mengurangkan aktiviti luar serta memakai topeng muka pernafasan (N95) bagi mereka yang melakukan aktiviti luar terutamanya golongan berisiko tinggi.

NREB turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara terutamanya pada musim panas.

Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(2) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (Pindaan 2019). Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda, tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan