Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil berkata RM2.5 bilion daripada RM4.5 bilion perbelanjaan pengiklanan tahunan disalurkan terus ke platform media sosial. Foto fail TVS

Separuh daripada perbelanjaan pengiklanan tahunan disalurkan terus ke media sosial

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Sebanyak RM2.5 bilion daripada RM4.5 bilion perbelanjaan pengiklanan tahunan (adex) disalurkan terus ke platform media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata keadaan itu memberi kesan kepada organisasi media sehingga menyebabkan pengurangan tenaga kerja.

“Kebanyakan organisasi media yang saya temui memaklumkan berdasarkan penilaian mereka, separuh daripada adex tahunan disalurkan terus ke media sosial dan bukan lagi menerusi organisasi media,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-25 Asia News Network (ANN) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai yang juga Penasihat ANN, Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah ANN Datin Esther Ng dan Pengerusi Lembaga Pengarah ANN Mahfuz Anam.

Fahmi turut melahirkan kebimbangan terhadap pengurangan tenaga kerja yang menyebabkan ramai wartawan berpengalaman dan telah lama berkhidmat diberhentikan akibat perubahan kewangan.

Beliau berkata kerajaan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk campur tangan, sebaliknya menggalakkan organisasi media untuk mengadakan perbincangan dengan platform media sosial bagi menangani isu berkenaan.

“Ketika ini kami tidak merasakan keperluan untuk mengikuti langkah negara lain dalam mengendalikan masalah itu.

“Kami percaya adalah penting untuk mencari kaedah sendiri dan mungkin dilihat sebagai satu titik keseimbangan, titik pertemuan antara kepentingan perniagaan organisasi media dengan platform media sosial, jadi kami akan membenarkan proses perbincangan itu berlaku,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan