Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pekerja warga asing yang dipercayai mempunyai permit pekerja industri, namun bekerja di kedai runcit di George Town. Foto JIM Pulau Pinang

Sembilan warga asing ditahan langgar syarat pas pekerja

GEORGE TOWN, 6 Sept: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar tindakan pekerja warga asing menggunakan permit pekerja industri, namun bekerja di kedai runcit apabila menahan sembilan orang pada operasi di sekitar bandar raya ini semalam.

Operasi hasil aduan dan risikan Bahagian Penguatkuasa JIM Pulau Pinang itu membabitkan tiga kedai runcit di Lebuh Sungai Pinang dan sebuah premis di Minden Height yang disyaki menggajikan pekerja menggunakan permit bekerja kilang.

JIM Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini berkata, sembilan lelaki daripasa 13 pekerja asing yang diperiksa pada operasi berkenaan telah ditangkap kerana disyaki melanggar syarat-syarat pas.

Kata kenyataan itu, pekerja yang berumur antara 25 hingga 40 tahun itu terdiri daripada tujuh warga Bangladesh serta masing-masing seorang Myanmar dan Nepal.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, pemilik perniagaan didapati tiada di situ, manakala premis tersebut dikendalikan dan dalam kawalan pekerja asing terbabit.

“Siasatan juga akan dilakukan ke atas majikan dan pemilik premis untuk dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan