Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awan ribut berkumpul di atas bangunan-bangunan di Hong Kong pada 5 September 2024, ketika taufan super Yagi bergerak melintasi Laut China Selatan menuju pantai selatan China. Foto AFP

Selatan China siap sedia hadapi taufan Yagi

ByBernama

GUANGZHOU, 6 Sept: Wilayah Guangdong di selatan China kini bersiap sedia menghadapi taufan Yagi, dengan aktiviti luar dihentikan serta penerbangan dan sesi persekolahan ditangguhkan buat sementara waktu.

Yagi, dengan kelajuan angin mencecah 209 kilometer sejam dijangka melanda bandar Wenchang di Hainan dan Daerah Xuwen di Guangdong pada petang Jumaat, lapor Xinhua.

Pada Jumaat, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangdong membatalkan semua penerbangan ke Hainan dan Bandar Zhanjiang di Guangdong.

Lapangan Terbang Antarabangsa Zhanjiang Wuchuan turut menggantung semua penerbangannya.

Menurut jabatan pengurusan kecemasan Guangdong, lebih 2,600 tapak pembinaan menghentikan operasi, dengan kira-kira 74,000 orang dipindahkan.

Sementara itu, sebanyak 8,990 sekolah, tadika dan institusi pendidikan di wilayah itu ditutup buat sementara waktu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan