Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas jatuh dari Jambatan Lanang, Sibu, hari ini. Foto JBPM

Pemuda dikhuatiri lemas jatuh dari Jambatan Lanang

SIBU, 6 Sept: Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Lanang di sini, hari ini.

Komander Operasi Suna Kaha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1 tengah hari dan  menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“BBP Sibu Sentral menerima panggilan daripada Balai Polis Lanang yang melaporkan seorang lelaki dewasa berusia 23 tahun dikhuatiri hilang.

“Ia berdasarkan maklumat orang awam dan penemuan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di atas Jambatan Lanang dipercayai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bapa kepada mangsa membuat laporan polis menyatakan anaknya keluar rumah untuk memeriksa wang gajinya di bank pada Khamis sekitar jam 8 malam.

“Sehingga laporan dibuat anaknya belum pulang ke rumah kediaman mereka di Kem BN 10 PGA Sibu.

“Dalam operasi hari pertama mencari dan menyelamat(SAR) hari ini pihak bomba
menggunakan kaedah surface searching radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang,” ujarnya.

Katanya, kerja mencari dan menyelamat diteruskan pada keluasan radius lima kilometer ke hulu dan hilir sungai pada sebelah petang tadi.

“Operasi ditangguhkan pada jam 5.25 petang dan disambung semula esok hari,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan