Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi kemanusiaan di Gaza sebagai terlalu mengerikan dan menyoroti penurunan sebanyak 35 peratus dalam pengagihan makanan berbanding Julai. Foto fail AFP

PBB desak Israel mudahkan pengagihan bantuan di Gaza

ByBernama

NEW YORK, 6 Sept: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric menegaskan pada Khamis bahawa Israel, sebagai kuasa penjajah di Gaza wajib membenarkan PBB melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam sidang media hariannya, Dujarric mengulas cadangan terbaharu Israel untuk mengambil alih pengagihan makanan di Gaza.

“PBB belum dihubungi atau diberikan sebarang rancangan berhubung perkara ini,” lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik kenyataannya.

Dujarric berkata bahawa walaupun Israel pernah mencadangkan idea ini sebelum ini, beliau menegaskan bahawa UNRWA merupakan “tulang belakang” dalam mengagihkan bantuan kesihatan, makanan dan kemanusiaan di Gaza.

Beliau menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai terlalu mengerikan dan menyoroti penurunan sebanyak 35 peratus dalam pengagihan makanan berbanding Julai.

Dujarric menjelaskan bahawa penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh “perintah pemindahan” yang dikeluarkan secara berselang-seli pihak berkuasa Israel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan