Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap semasa sesi sidang media Temasya Para SUKMA ke-21 di Pusat Konvesyen Borneo Kuching di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Para SUKMA: Sarawak sedia 150 pengangkutan mudahkan pergerakan atlet

KUCHING, 6 Sept: Sejumlah 150 pengangkutan pelbagai kenderaan khusus akan disediakan bagi kelancaran temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kemudahan berkenaan disediakan pihak Rapid KL selaku Rakan Kongsi Pengangkutan Rasmi Para SUKMA Ke-21 tanpa mengenakan sewaan

Namun begitu, jelas Fatimah kos penghantaran berjumlah RM 845,000 dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kuching akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Jumlah 150 pengangkutan itu melibatkan 10 buah lori, van (62), bas (45), kereta (15) dan kenderaan utiliti sukan (18) akan digunakan sepanjang temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Temasya Para SUKMA ke-21 di Pusat Konvesyen Borneo Kuching di Kuching pada Jumaat.

Untuk rekod, penganjuran Temasya Para SUKMA ke-21 kali ini telah melibatkan sebanyak 15 kontinjen dengan penyertaan seramai 2,225 orang peserta.

Sebanyak 328 acara dipertandingkan bagi 10 jenis sukan Para yang diadakan secara serentak di Kuching, Sarawak.

Penginapan para kontinjen akan ditempatkan mengikut jenis sukan yang disertai bagi memudahkan pergerakan para atlet melibatkan 20 hotel di sekitar Kuching.

Antara hotel yang terlibat adalah Raia Hotel, UCSI Hotel dan Regatta Suites. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan