Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Panjaitan (kiri) di luar Forum Kelestarian Indonesia 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia, Indonesia bersetuju luaskan kerjasama tenaga boleh diperbaharui

ByTVS

JAKARTA, 6 Sept: Malaysia dan Indonesia bersetuju meluaskan kerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam konteks bekalan tenaga boleh diperbaharui.

Perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan di luar Forum Kelestarian Indonesia 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia.

Menurut Fadillah, hasil pertemuan itu menyaksikan kedua-duanya pihak bersetuju mengukuhkan lagi kerjasama dalam urusan peralihan tenaga.

“Kami sedang melihat bagaimana untuk membangunkan kerjasama antara Indonesia dan Malaysia, membantu antara satu sama lain dalam konteks bekalan tenaga serta tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerjasama dua hala tersebut boleh menjadi platform mewujudkan Grid Kuasa ASEAN.

Fadillah turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia Bahlil Lahadalia bagi membincangkan kerjasama pembangunan dalam sektor infrastruktur tenaga hijau dan pertemuan tersebut merupakan agenda terakhir lawatan tiga hari beliau ke Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan