Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa di Rumah Haliah Kampung Nanga Semah, pada Jumaat. Foto TVS

Keluarga mangsa lemas di Nanga Semah terima sumbangan

DARO, 6 Sept : Keluarga mangsa lemas, Raya Adam menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikam Safiee yang berkunjung ke kediaman keluarganya di Rumah Haliah, Kampung Nanga Semah sebentar tadi.

“Saya ingin menzahirkan simpati kepada seluruh keluarga mangsa dan berharap mereka tabah dengan dugaan yang menimpa,” katanya kepada TVS pada Jumaat.

Mayat mangsa dijumpai penduduk Kampung Semop kira-kira 23 kilometer dari pusat kawalan operasi pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Sebelum kejadian lelaki itu dilaporkan sempat ke sawah padi melakukan upacara sembahyang dan kemudiannya menuju ke sungai berhampiran untuk mandi pada Rabu lepas.

Bagaimanapun sejam kemudian isterinya pergi ke sungai itu untuk mencari lelaki terbabit namun gagal menemuinya.

Menyedari kehilangan mangsa, dia kemudiannya bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan polis pada jam 5.10 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan