Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah dan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Kejayaan Bonnie membanggakan Sarawak

ByRadzi Ahmad

KOTA SAMARAHAN, 6 Sept: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin selepas berjaya memenangi pingat emas kedua untuk Malaysia sekali gus memecahkan rekod dunia pada Sukan Paralimpik Paris.

Atlet berusia 25 tahun itu ternyata berada di kelas tersendiri di Arena La Chapelle selepas mencipta rekod baharu dunia dengan angkatan 232 kilogram (kg) dalam final kategori lelaki 72kg sekali gus meraih pingat emas.

“Mewakili rakyat Sarawak, saya mengucapkan tahniah kepada Bonnie kerana memberikan kemenangan bermakna ini kepada Malaysia dan Sarawak,” kata Abdul Karim.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kesyukuran Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Masjid Al-Muttaqin di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Bonnie sambil menambah ia menyemarakkan semangat atlet para di Sarawak.

“Tahniah kepada Bonnie, kami sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan anak Sarawak ini.

“Tentu sekali ia akan memberi inspirasi dan motivasi serta semangat tinggi dalam kalangan atlet para kita untuk menjadi juara dalam acara masing-masing,” tambahnya.

Fatimah turut berharap Sarawak akan menjadi juara keseluruhan pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan