Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Metro dalam sebuah kenyataan memaklumkan, penutupan ini akan berlangsung dari 9 September sehingga 8 November. Foto Sarawak Metro

Sebahagian Jalan Tun Razak ditutup sementara pada sebelah malam

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, Sep 6: Sebahgian jalan di sepanjang Jalan Tun Razak, Kuching ditutup sementara pada sebelah malam bermula Isnin, 9 September hingga 8 November depan bagi kerja penebangan pokok untuk projek pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) fasa 1.

Kenyataan Sarawak Metro hari ini memaklumkan kerja penebangan pokok di lokasi berkenaan mengambil masa selama 61 hari.

“Lokasi yang terlibat adalah Jalan Simpang Tiga, lampu-lampu isyarat di Jalan Regas, Sungai Apong serta di Petronas Jalan Tun Razak,” catat kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan yang disenaraikan serta mematuhi semua langkah pengurusan trafik, papan tanda amaran dan had laju yang ditetapkan.

Sarawak Metro juga memberitahu sebarang perubahan kepada tempoh penutupan jalan berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan