Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman melihat salah satu bonsai semasa Grand Opening Of 2024 Sarawak Open Bonsai And Suiseki Championship di La Promenade Mall di Kota Samarahan pada Jumaat.

DBKU bercadang buka taman mini bonsai di Petra Jaya

KOTA SAMARAHAN, 6 Sept: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bercadang untuk mewujudkan taman mini bonsai berhampiran dengan Taman Orkid DBKU di Petra Jaya.

Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan pemilik atau persatuan berkaitan tanaman hiasan berkenaan bagi merealisasikan cadangan itu.

“Kita boleh lihat pada masa ini Malaysia tidak mempunyai sebarang taman bonsai dan kita ingin mengambil langkah yang berani untuk Dbku memiliki taman ini, sebahagian daripada taman mini bersebelahan dengan taman orkid kami pada masa hadapan.

“Saya telah bercakap dengan Presiden Persatuan Bonsai yang ada jadi saya fikir dengan penyertaan semua pecinta bonsai ini tidak akan menjadi halangan besar untuk kita melihat bagi mempunyai taman bonsai untuk Kuching sendiri walau Ia akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Grand Opening Of 2024 Sarawak Open Bonsai And Suiseki Championship di La Promenade Mall di Kota Samarahan pada Jumaat.

Hilmy mengakui meskipun sukar bagi pihaknya membuka taman mini bonsai namun perkara itu antara cabaran dalam memastikan impian berkenaan menjadi realiti.

Bercakap mengenai acara hari ini, Hilmy memberitahu ia merupakan platform terbaik buat peminat dan persatuan tanaman hiasan itu bekerjasama dalam pelbagai aspek.

Menurutnya acara berkenaan juga membuka ruang kepada masyarakat mengenali bonsai serta kaedah penanaman tanaman kerdil itu.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan