Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Atlet SUKMA Sarawak, Joshua juara pusingan ketiga Affin Cards Golf Challenge 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Sept: Atlet SUKMA Sarawak, Joshua Lim Zhi Xing menjuarai pusingan ketiga Affin Cards Golf Challenge 2024 kategori Gross, semalam.

Remaja berusia 15 tahun itu meraih 74 mata di hadapanChoo Kueh Fong dengan mata 77 di tempat kedua diikuti tempat ketiga; Augustine Chuo Chung Hwang dengan mata 78.

Perlawanan yang berlangsung di Damai Golf & Country Club itu juga menampilkan sebanyak 15 pemenang kategori gross dan 12 daripadanya adalah Lau Yuok Hing, Lee Kah Ming, Lim Chea Yi, Wong Kee Ting, Tan Ting Huat, Loh Kung Huo, Wong King Hie, Ng Liang Hie, Marvin Chua Vui, Jordan Hong Chin Chein, Chris Chang Chee Kiong dan Ting Kee Seun.

Manakala tiga pemenang kategori nett adalah Andy Ismail yang meraih 70 mata, Othman Junaidi (67) dan Dr Arun Kumar (68).

Untuk rekod tahun ini merupakan kali keempat sejak Affin Cards Golf Challenge diadakan sekali gus kali pertama ia berlangsung di Sarawak.

Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 24 September di Tropicana Golf & Country Resort, Selangor diikuti perlawanan akhir di Glenmarie Golf & Country Club, Selangor pada 6 Oktober kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan