Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Dr Kao Kim Hourn pada Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perkongsian Pembangunan ASEAN-Chile dan Hari ASEAN Ke-57 di Santiago, pada Rabu. Foto X ASEAN

ASEAN akan lancar visi 2045 untuk memacu kerjasama serantau, kata Setiausaha Agung

ByBernama

JAKARTA, 6 Sept: ASEAN sedang bersiap sedia untuk melancarkan Visi Komuniti 2045, sebuah rangka kerja strategik yang bertujuan untuk membimbing kerjasama serantau dalam tempoh dua dekad akan datang.

Inisiatif itu yang merangkumi Pelan Strategik dan projek Kesalinghubungan, dijangka diterima pakai oleh pemimpin ASEAN pada tahun depan, menurut Setiausaha Agung Dr Kao Kim Hourn.

Berucap pada Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perkongsian Pembangunan ASEAN-Chile dan Hari ASEAN Ke-57 di Santiago, pada Rabu beliau berkata: “ASEAN sangat berpandangan ke hadapan, berwawasan dan berani dan dalam hal ini akan mempunyai Visi 20 tahun dan Pelan Strategik untuk pelaksanaan buat pertama kali dalam sejarahnya.”

Teks ucapan beliau disiarkan di laman sesawang ASEAN.

Kao turut menekankan ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP) sebagai elemen penting untuk mengekalkan nilai pemusatan, ketelusan, keterbukaan, dan keterangkuman rantau ini di tengah-tengah peningkatan polarisasi global.

Beliau menegaskan bahawa AOIP memberi tumpuan kepada empat bidang utama, iaitu kesalinghubungan, kerjasama maritim, kelestarian (SDG), dan integrasi ekonomi.

“Saya amat menggalakkan Chile untuk meneroka projek-projek yang ketara dan konkrit di bawah empat bidang keutamaan ini untuk kepentingan bersama kita,” katanya.

Ketika ASEAN dan Chile meraikan lima tahun perkongsian, Kao menyatakan keterujaan terhadap peluang kerjasama masa depan dengan berkata: “Marilah kita memastikan kerjasama kita kekal dinamik, kukuh dan saling menguntungkan.”

Chile menjadi rakan kongsi rasmi dengan ASEAN pada 2019 susulan penyertaannya ke Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara pada 2016.

Penerimaan Bidang Kerjasama Praktikal pada 2021 selanjutnya memperincikan matlamat kerjasama mereka sehingga 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan