Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alif Faizan (kiri) menyampaikan bakul makanan kepada wakil penerima sumbangan di Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Affin Bank santuni OKU penglihatan di Kuching

KUCHING, 6 Sept: Sebanyak 50 keluarga dariĀ Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak di Kuching menerima bantuan bakul makanan daripada Affin Bank Berhad, di sini, hari ini.

Pegawai Khas kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad (Affin Bank), Alif Faizan berkata, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Affin Bank dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

“Kami menyalurkan bakul sumbangan makanan kepada pusat orang buta ini dan ini merupakan pendekatan kami di Affin, di mana inisiatif ini merupakan konsep perbankan berhemah, yang mana kami menambah baik sesuatu perkara itu.

ā€œSelain menjadikan program sebegini sebagai satu daripada komitmen berterusan kami dalam membantu organisasi seperti Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) untuk memperkasakan kehidupan keluarga atau komuniti di sekeliling kami, program ini juga bertujuan untuk meingkatkan kemahiran diri, pendidikan serta integriti sosial. Itu yang kami telah rencanakan dan berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima di Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, menurut Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching, Ronald Thomas Law, 70, berlapang dada dengan inisiatif berkenaan sambil mengakui usaha Affin Bank telah meringankan bebanĀ warga Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan, terutama di bahagian Kuching.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Affin Bank kerana hadir dan mengadakan program tanggungjawab sosial korporat di pusat orang buta ini. Program sebegini amat membantu kami kerana kami perlu menyediakan bantuan kepada sekurang-kurangnya 70 buah keluarga yang kurang berkemampuan pada setiap bulan,” ujarnya.

Tenaga pengajar yang juga salah seorang wakil penerima bakul makanan itu, Sharifah Zubaidah, 28, menzahirkan syukur atas bantuan yang diterima dan merasakan inisiatif sedemikian akan meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.

“Kami rasa sangat bersyukur sebab pihak Affin Bank datang untuk berkongsi sumbangan kepada pihak kami lah, sangat bersyukur dan sangat gembira. Semestinya dapat mengurangkan beban dan juga membantu dalam keseharianlah untuk golongan OKU penglihatan terutamanya,” katanya.

Hadir sama Pengarah Affin Bank Wilayah Sarawak, Victor Liew Wui Tak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan