Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Dewan Suarah Samarahan di Kota Samarahan, malam tadi. Foto TVS

778 projek bawah geran UNIFOR siap membabitkan dana lebih RM100 juta

KOTA SAMARAHAN, 6 Sept: Sebanyak 778 projek melibatkan keperluan agama-agama lain telah siap di bawah geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sejak penubuhanya pada tahun 2017.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata projek yang telah siap itu telah melibatkan dana sebanyak RM100.4 juta.

Katanya, setakat ini sebanyak 623 lagi projek yang sedang dijalankan di Sarawak yang berjumlah RM148.9 juta melalui geran UNIFOR.

“Sejak penubuhan UNIFOR di 2017 sehingga kini, kita telah melihat 778 projek telah siap berjumlah RM100.4 juta dan 623 lagi projek yang sedang dijalankan berjumlah RM148.9 juta daripada geran UNIFOR.

“Ini projek termasuk kerja-kerja bangunan baharu, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan, kerja-kerja pengubahsuaian dan atau pembelian kelengkapan, peralatan dan alat keagamaan untuk rumah ibadat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Dewan Suarah Samarahan di sini, malam tadi.

UNIFOR ditubuhkan untuk memastikan semua agama lain di Sarawak dijaga sama rata oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada setiap tahun, UNIFOR mengagihkan geran tahunan kepada setiap agama lain di Sarawak iaitu Kristian, Buddha, Taoisme, Baha’isme, Agama Sikh dan agama Hindu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan