Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 17 murid maut dan 13 lagi cedera parah selepas kebakaran tercetus di sebuah sekolah di Kenya pada malam Khamis. Foto hiasan Envato

17 murid maut dalam kebakaran sekolah di Kenya

ByBernama

NYERI (Kenya), 6 Sept: Sekurang-kurangnya 17 murid maut dan 13 lagi cedera parah selepas kebakaran tercetus di sebuah sekolah di Kenya pada malam Khamis, menurut polis tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Kebangsaan, Resila Onyango berkata 14 murid dikejarkan ke hospital akibat melecur yang serius selepas asrama mereka terbakar di Hillside Endarasha Primary Academy, Nyeri County.

Seorang lagi murid meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

“Kami sedang menyiasat punca kebakaran dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Onyango melalui telefon.

Saksi berkata satu daripada asrama yang menempatkan pelajar musnah, mencetuskan kebimbangan bahawa jumlah korban mungkin meningkat.

Pasukan penyelamat kini berada di lokasi kejadian untuk mengawal keadaan. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan