Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata Konsep Faham, Hormat dan Terima perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia bagi merapatkan perbezaan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Foto fail Bernama

Wakil agama diminta manfaatkan biro Jawatankuasa Harmoni

ByHandy G

PUTRAJAYA, 5 Sept: Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang meminta wakil-wakil agama dapat memanfaatkan ketiga-tiga biro di bawah Jawatankuasa Harmoni dalam mencari solusi dan penyelesaian kepada isu-isu berhubung keharmonian antara penganut agama

Beliau berkata, Konsep Faham, Hormat dan Terima perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia bagi merapatkan perbezaan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Faham, Hormat dan Terima sebagai prinsip asas bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, bahkan dapat menangani isu-isu yang berkaitan dengan keharmonian antara penganut agama, meningkatkan sifat hormat menghormati dan mengukuhkan pemahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media Kementerian Perpaduan Negara, hari ini.

Menurut kenyataan itu, salah satu biro adalah Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi yang memberi tumpuan dalam usaha merungkai isu-isu dan konflik berkaitan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang berpotensi mengancam perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Ia juga menjadikan mediasi sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi tujuan pendamaian atau menyelesaikan apa-apa pertikaian dan perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.

Kementerian Perpaduan Negara turut memaklumkan jemaah menteri telah membincangkan perkara berkaitan kenyataan kumpulan antara agama bukan Islam, Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) berkaitan penempatan pegawai Jakim di jabatan kerajaan dan Kementerian.

Susulan itu katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar akan bertemu dengan MCCBCHST pada Jumaat ini.

Awal minggu ini MCCBCHST membincangkan kenyataan berkaitan penempatan pegawai Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di jabatan kerajaan dan Kementerian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan