Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi UCSI di Astana Negeri Sarawak, Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi mahu UCSI perkukuh kerjasama, sumbang pembangunan ekonomi Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Sept: Universiti UCSI diminta memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Kerajaan Sarawak.

Permintaan itu disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada delegasi pengurusan universiti itu ketika mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Institusi pendidikan disaran jalin kerjasama erat dengan Sarawak | TVS

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI, Profesor Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata pihaknya memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga kerja mahir kepada Sarawak, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Bumi Kenyalang.

“UCSI bukan sahaja menyediakan akses kepada pendidikan tinggi tetapi juga peluang pekerjaan selepas tamat pelajaran kerana pendekatan UCSI adalah unik iaitu pendekatan praktikal.

“Maklum balas daripada Tun juga adalah menggalakkan kerana perkembangan bakat adalah penting pada masa sekarang, dalam keadaan ruang pekerjaan yang sentiasa mencabar dengan IR4.0 dengan AI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Wan Junaidi yang disertai isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UCSI, Dato Peter Ng dan Pengerusi UCSI Healthcare Group, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas beliau lagi, UCSI juga menjalinkan kerjasama dengan industri-industri bagi memberikan pendedahan kepada para pelajarnya tentang kemahiran dan pengalaman, selain ilmu.

“Pelajar mesti berada di industri selama dua bulan dalam setahun, jadi untuk pelajar kami mendapatkan pekerjaan adalah mudah, selain dibantu oleh UCSI sendiri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan