Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan gimik perasmian Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu hari ini. Turut sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution (kiri). Foto Bernama

Tiga warga Malaysia ditahan di Filipina diterbangkan ke Manila esok – Saifuddin

ByBernama

KOTA KINABALU, 5 Sept: Seramai 11 individu termasuk tiga warganegara Malaysia yang ditahan selepas disyaki memasuki perairan Filipina secara haram pada Ahad (1 Sept), akan diterbangkan ke Manila, Filipina esok.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka dihantar ke Manila untuk proses dokumentasi, sebelum pengusiran dilakukan pihak berkuasa Filipina.

“Selebihnya empat lagi warganegara Malaysia masih ditahan di selatan Filipina untuk proses siasatan pemilikan bot. Kes memasuki perairanan Filipina itu melibatkan bot, jadi kerajaan di sana menahan bot berkenaan dan akan mengetahui siapa pemilik bot berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa Tahun 2024, dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.

Pada Ahad, pihak berkuasa Filipina menahan 15 individu terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia dan lapan warga China, selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.

Memetik laporan Philippines News Agency (PNA), Pesuruhjaya Biro Imigresen (BI) Filipina Norman Tansingco, melalui kenyataan berkata mereka ditahan Pihak Berkuasa Maritim, Tentera Laut Filipina dan Tentera Darat Filipina di kawasan perairan Sitangkai, dekat Tawi-Tawi di Wilayah Selatan negara berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai konvensyen berkenaan Saifuddin berkata program kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan Sabah itu menggambarkan sinergi strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, dalam usaha menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa secara lebih berkesan dan bersasar.

“Melalui Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang dipengerusikan oleh saya dan Ketua Menteri Sabah, beberapa perbincangan penting telah diadakan dalam menangani isu Pendatang Tanpa Izin.

“Antara keputusan yang telah diambil ialah meneruskan aktiviti pendataan digital warga asing di Sabah, yang merupakan usaha sama antara kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah kepelbagaian dokumen identiti serta meningkatkan pengurusan warga asing di Sabah secara lebih berkesan dan sistematik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan