Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin dan Profesor Vincent Lee Chieng pada Majlis Pelancaran Stesen Ujian Hidrogen dan Isian Semula, Universiti Curtin Malaysia di Miri, hari ini.

Stesen Ujian Hidrogen dan Isian Semula, Universiti Curtin Malaysia sejajar aspirasi peralihan tenaga Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Sept: Stesen Ujian Hidrogen dan Isian Semula, Universiti Curtin Malaysia adalah bukti komitmen institusi pengajian tinggi itu dalam merintis penyelidikan dan inovasi dalam tenaga boleh diperbaharui.

Pemangku Pro Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Curtin Malaysia Profesor Vincent Lee Chieng berkata projek ini sejajar dengan aspirasi peralihan tenaga Sarawak, terutamanya seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Hidrogen seperti yang anda ketahui, mempunyai potensi yang besar sebagai sumber tenaga bersih dan pelaburan kami dalam teknologi ini menekankan dedikasi kami untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Stesen Ujian Hidrogen dan Isian Semula yang disempurnakan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin di sini, hari ini.

Menurutnya, Universiti Curtin Malaysia bangga dengan peranannya sebagai pemain utama dalam usaha ini dengan memajukan penyelidikan dan pembangunan tenaga hidrogen.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan