Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama atlet renang Para SUKMA 2024 kontinjen Sarawak di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching, hari ini. Foto TVS

Skuad renang Para SUKMA Sarawak sasar sekurang-kurangnya 15 pingat emas

KUCHING, 5 Sept: Skuad renang Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) kontinjen Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 15 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain memberikan saingan sengit kepada para pencabar pada edisi Para SUKMA 2024, beliau yakin skuad renang Sarawak akan dapat mengatasi kutipan enam pingat emas yang diraih pada temasya Para SUKMA 2022.

“Jumlah acara daripada sukan renang ini ada 60 semuanya dan kita menyertai 51 daripadanya kerana ini merupakan strategi kita untuk menyertai seberapa banyak acara yang kita dapat sertai. Sasaran kita menerusi acara renang ini adalah 15 pingat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, hari ini.

Pada Para SUKMA di Kuala Lumpur pada 2022, selain memenangi enam pingat emas dalam pelbagai acara renang, skuad renang Sarawak berjaya mencatatkan tiga rekod baharu kejohanan dalam sukan renang menerusi acara renang 50 meter kuak dada, 50 meter kuak kupu-kupu serta 100 meter kuak lentang.

Para SUKMA Sarawak 2024 akan diadakan pada 22 hingga 28 September di sini.

Sebanyak 10 sukan akan dipertandingkan yang terdiri daripada olahraga, renang, badminton, ping pong, boling tenpin, boccia, boling padang, angkat berat, memanah dan catur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan