Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama rombongannya ketika mengadakan lawatan ke Bangkok, Thailand, baru-baru ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Sarawak berpotensi dibangunkan sebagai kawasan penanaman kelapa aromatik

ByOdleen Catherny

BANGKOK, 5 Sept: Penanaman kelapa aromatik berpotensi untuk dilaksanakan di kawasan khatulistiwa yang turut membabitkan Sarawak.

Pakar industri dan peladang Thailand, Nuanla-or Dherdkiattikum berkata, pihaknya berminat dan melihat Sarawak sebagai lokasi paling berpotensi untuk penanaman kelapa aromatik.

“Nam Hom, spesies kelapa aromatik terbaik, mudah ditanam di kawasan khatulistiwa. Oleh sebab kami tidak lagi mempunyai kawasan tanah yang cukup di Thailand untuk penanaman kelapa ini, kami kini melihat Sarawak sebagai lokasi paling berpotensi untuk penanamannya,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu semasa taklimatnya kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan rombongan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di Bangkok, Thailand pada Rabu.

Menurut Nuanla lagi, permintaan pasaran global untuk air kelapa dijangka meningkat pada masa hadapan.

“Pada tahun lalu, pasarannya mencecah USD3.82 bilion. Air kelapa kebanyakannya popular dalam kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan dan kecergasan,” katanya.

Oleh yang demikian katanya populariti yang semakin meningkat terhadap produk berasaskan tumbuhan dan sumber semula jadi memberi rangsangan yang besar ke atas permintaan mampan air kelapa.

Untuk rekod, Nuanla yang dibantu Profesor Tuanchai mula menanam kelapa aromatik Nam Hom pada 2017.

Peladang yang memenangi pelbagai anugerah itu mempunyai ladang seluas 1.6 hektar dengan kira-kira 400 pokok di wilayah Ratchaburi.

Nuanla turut memanfaatkan sisa ladang dengan memprosesnya kepada arang bio dan bata geopolimer arang.

Beliau juga telah menubuhkan sebuah akademi berdekatan untuk tujuan latihan, lawatan, perundingan dan penyelidikan dan pembangunan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan