Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz (tengah) hadir pada majlis pengumuman prestasi PETRONAS bagi separuh pertama 2024 di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

PETRONAS umum pendapatan RM171.7 bilion separuh pertama 2024

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 5 Sept: PETRONAS mengumumkan pendapatan sebanyak RM171.7 bilion bagi separuh pertama 2024 iaitu peningkatan dua peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pada separuh 2023, syarikat minyak dan gas nasional itu mencatatkan pendapatan RM169 bilion.

PETRONAS catat hasil RM171.7 bilion untuk separuh pertama 2024 | TVS

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, peningkatan pendapatan yang lebih rendah itu berikutan kesan pertukaran mata wang asing.

Beliau menjelaskan faktor ketidaktentuan pasaran berikutan bekalan global yang ketat ekoran krisis geopolitik dan pemotongan bekalan berterusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) juga menyumbang kepadan prestasi itu.

Namun prestasi PETRONAS katanya telah diimbangi oleh harga purata direalisasikan yang lebih rendah, terutamanya bagi gas asli cecair (LNG) sejajar dengan penurunan harga penanda aras.

“Keuntungan selepas cukai (PAT) PETRONAS menyusut 19 peratus kepada RM32.4 bilion berbanding RM40.2 bilion yang diraih pada separuh pertama 2023 terutamanya disebabkan oleh penyahkonsolidasi anak syarikat dan cukai yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi kewangan PETRONAS bagi tempoh separuh pertama 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Liza Mustapha dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Mohd Jukris Abdul Wahab serta Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Perniagaan Maritim PETRONAS, Datuk Adif Zulkifli.

Sementara itu, Tengku Muhammad Taufik menambah, mereka tetap teguh dengan peranan sebagai syarikat minyak negara untuk menyampaikan nilai mampan jangka panjang bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika meraikan ulang tahun ke-50nya.

“Sejak penubuhannya, PETRONAS telah menyuntik RM1.4 trilion ke dalam ekonomi negara melalui dividen, cukai, dan pembayaran tunai.

“Selepas berkembang menjadi peserta tenaga global ketika ini, PETRONAS akan terus mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi yang berpandangan jauh di dalam dan luar negara dan seterusnya akan mempercepatkan pelaksanaan Strategi Peralihan Tenaga untuk membuka jalan bagi pertumbuhan masa depan,” katanya.

Pada majlis itu PETRONAS turut mengumumkan jumlah aset meningkat kepada RM798.6 bilion setakat 30 Jun 2024 berbanding RM773.3 bilion pada 31 Disember 2023. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan