Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz (kanan) membentangkan laporan prestasi kewangan PETRONAS separuh pertama 2024 hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

PETRONAS mahu kekal sebagai rakan strategik Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 5 Sept: PETRONAS mahu meneruskan kerjasama strategik dengan Kerajaan Sarawak, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Jelas beliau ini termasuk usaha sama dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang merupakan syarikat minyak dan gas milik Kerajaan Sarawak.

Kata Tengku Muhammad Taufik, kerjasama berkenaan penting bagi membantu pertumbuhan kedua-dua syarikat berdasarkan kekuatan masing-masing selain harus bersifat ‘menang menang’ bagi kedua-dua pihak.

PETRONAS mahu kekal jadi rakan strategik Sarawak | TVS

“Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan (mengenai pengedaran gas juga) sedang berlangsung (dan oleh itu) saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut (kerana dibimbangi akan) menjejaskan rundingan.

“Cukup untuk katakan yang peranan Petronas bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada negara selama 50 tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi kewangan PETRONAS bagi tempoh separuh pertama 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Liza Mustapha dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Mohd Jukris Abdul Wahab serta Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Perniagaan Maritim PETRONAS, Datuk Adif Zulkifli.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini menegaskan wilayah berkenaan tidak berhasrat untuk merampas hak PETRONAS sebaliknya menganggap syarikat itu sebagai rakan kongsi dalam industri minyak dan gas.

Tambah Abang Johari segala usaha yang dilaksanakan Sarawak dalam industri minyak dan gas PETROS adalah berlandaskan hak dan undang-undang sedia ada.

Jelasnya, tugas mereka adalah untuk memaksimumkan nilai sumber hidrokarbon Malaysia dan menyumbang semula kepada negara serta meneruskan mandat yang diamanahkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan