Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak mensia-siakan peluang beraksi dalam acara terakhirnya di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan layak ke final 50 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di sini, hari ini. Foto fail Bernama

Paris 2024: Nur Syaiful mara ke final ketiga

ByBernama

PARIS, 5 Sept: Perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak mensia-siakan peluang beraksi dalam acara terakhirnya di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan layak ke final 50 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di sini, hari ini.

Nur Syaiful mencatat masa 34.51 saat (s) untuk berada di tempat keempat pada saringan kedua di Paris La Defense Arena sekali gus bakal bersaing dalam final ketiganya di sini.

Pencapaian itu menyaksikan atlet kelahiran Sarawak menyambar slot terakhir ke final dijadual jam 5.37 petang ini (11.37 malam waktu Malaysia) yang membariskan lapan perenang terbaik daripada dua saringan acara tersebut.

Perenang China Guo Jincheng yang mengungguli saringan kedua dan mencatatkan 29.97s memecahkan rekod Sukan Paralimpik milik rakan senegara Tao Zheng iaitu 30.31s dilakukan pada edisi lepas di Tokyo pada 2020.

Nur Syaiful yang beraksi dalam dua final sebelum ini menduduki tempat keenam dsalam acara 100m gaya bebas lelaki S5 dengan catatan 1 minit 16.60 saat (s) dan juga kedudukan sama dalam 100m kuak dada lelaki SB4 menerusi catatan masa 1:46.71s. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan