Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menyempurnakan Majlis Pelancaran Aplikasi MYCareBud di Pullman Hotel, Miri di sini, pada Rabu. Foto TVS

MYCareBud: Aplikasi sebar aktiviti sukarelawan di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 5 Sept: Empat pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Komputer di Curtin Malaysia di sini mencipta sebuah aplikasi bagi menyebarluaskan aktiviti sukarelawan dalam komuniti di Miri.

Aplikasi yang dinamakan MYCareBud ini dibangunkan dengan kolaboratif Hospital Umum Miri bersifat solusi digital bagi mempromosikan budaya sukarelawan dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut Pensyarah Kejuruteraan Elektrik dan Komputer di Curtin Malaysia, Saavethya Sivakumar, aplikasi berkenaan antara sebahagian daripada projek tahun akhir para pelajar yang melibatkan kerjasama dengan pihak industri bagi memenuhi keperluan semasa.

“Pelajar yang mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang komputasi pada tahun akhir (Osama Saleem, Lee Toh Onn, Tok Jia Yi, dan Ting Ze Hao), mereka dikehendaki bekerjasama dengan klien industri untuk membangunkan penyelesaian bagi keperluan industri yang mendesak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran aplikasi MYCareBud di sini, pada hari Rabu.

Saavethya berkata selain menghubungkan sukarelawan dengan organisasi MYCareBud akan menyediakan ganjaran kepada para penggunanya bagi membolehkan mereka mendapat sijil penghargaan daripada Hospital Umum Miri.

Tambahnya, MYCareBud yang dilancarkan semalam menjadi penanda aras warga Miri memupuk semangat sukarelawan melalui teknologi digital.

“Dengan pelancaran MYCareBud, diharapkan lebih ramai penduduk Miri akan terdorong untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan komuniti,” ujarnya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found