Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia berperanan penting dalam merealisasikan Grid Kuasa ASEAN

JAKARTA, 5 Sept: Malaysia akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan Grid Kuasa ASEAN yang akan menghubungkan negara-negara di rantau ini menerusi sistem grid tenaga bersama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata agenda ini bertujuan mewujudkan masyarakat ASEAN yang bersatu padu, yakni setiap negara mempunyai kelebihan sumber tenaga tersendiri dan kelemahan boleh diatasi melalui kerjasama serantau.

“Dengan Grid Kuasa ASEAN, setiap negara akan dapat berkongsi sumber tenaga mereka, menjadikan rantau ini lebih bebas dan kukuh dalam menghadapi cabaran tenaga global,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini pada Rabu.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang bekalan tenaga dan memastikan setiap negara anggota ASEAN dapat membantu antara satu sama lain dalam situasi kekurangan tenaga.

Beliau berkata grid tenaga ini akan memberi peluang kepada ASEAN untuk menjadi peneraju dalam pembekalan tenaga bersih dan boleh diperbaharui, tarikan besar dunia luar.

Jelasnya, Grid Kuasa ASEAN bukan sekadar platform untuk perdagangan tenaga, tetapi juga simbol perpaduan dan sokongan antara negara ASEAN dalam usaha mencapai kemajuan bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan