Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau pasti bahawa penerokaan minyak yang dilakukan oleh Malaysia berada di dalam perairan negara. Foto fail Bernama

Malaysia akan teruskan penerokaan minyak dalam kawasan wilayahnya

ByBernama

VLADIVOSTOK (Rusia), 5 Sept: Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak di dalam kawasan wilayahnya walaupun terdapat permintaan China untuk menghentikan serta-merta aktiviti di perairan Sarawak itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau pasti bahawa penerokaan minyak yang dilakukan oleh Malaysia berada di dalam perairan negara, tetapi akan menjelaskan kedudukannya kepada China.

“China adalah rakan kita, tetapi kita perlu beroperasi di dalam kawasan perairan kita untuk memastikan kita mendapat manfaat, termasuk penggerudian dalam kawasan wilayah negara.

“(Walaupun) Beijing hantar bantahan sebab dia rasa tu kawasan dia, kita terpaksa teruskan (aktiviti) sebab ini soal survival ekonomi negara kita,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia dalam sidang media di hari terakhir lawatan kerja ke Rusia hari ini.

Anwar kini berada di bandar Vladivostok di timur jauh Rusia bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan China sentiasa dapat menyelesaikan pertikaian mereka melalui rundingan seperti dua rakan.

“Jika mereka terus mempertikaikan, kita boleh mendengar, dan mereka perlu mendengar, tetapi ia tidak boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Baru-baru ini muncul laporan berita yang menyatakan bahawa Beijing melalui nota diplomatik telah menuntut Malaysia menghentikan serta-merta semua aktiviti minyak dan gas di kawasan kaya minyak di perairan Sarawak, walaupun kawasan itu terletak dalam wilayah perairan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan