Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima jemputan untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Hari Malaysia yang disampaikan Dato Sri Roland Sagah Wee Inn di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Lebih 3,000 dijangka meriahkan Majlis Perhimpunan Hari Malaysia di Sri Aman

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Sept: Lebih 3,000 orang dijangka membanjiri Stadium Kompleks Sukan Sri Aman bagi memeriahkan Majlis Perhimpunan Hari Malaysia di Bandar Simanggang pada 16 September ini.

Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak diadakan selama tiga hari bermula Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain dan Konsert Rakyat pada 14 September.

Pada 15 September pula akan diadakan Majlis Kesyukuran di Masjid Bandar Sri Aman, diikuti perhimpunan keesokan harinya.

“Kita tambah (jumlah penonton) hari itu sebab kita percaya banyak orang yang akan hadir tapi stadium akan penuh dan kerusi tidak akan cukup. Kita akan sediakan kanopi (di luar stadium),” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai delegasi Jawatankuasa Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 bagi menjemput Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Hamdan Sharbini serta Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak, Samuel Simon.

Jelas beliau lagi, majlis itu akan dihadiri Tun Dr Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah.

Sagah berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijadual akan menghadiri sambutan itu nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan