Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Kaunselor Tan Kai ketika mengadakan lawatan ke Tapak Projek Lampu Jalan LED di Majlis Perbandaran Padawan di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Lampu jalan LED moden lengkapi jalan raya Kota Padawan – Penjara Puncak Borneo

KUCHING, 5 Sept: Jalan raya dari bulatan Kota Padawan hingga ke Penjara Puncak Borneo bakal dilengkapi sebanyak 150 unit lampu jalan LED 120W berteknologi moden.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Tan Kai berkata projek yang hampir siap itu merupakan projek perintis bagi agensi berwajib mengaplikasikan penggunaan lampu LED watt rendah namun memberi pencahayaan lebih tinggi.

“Projek ini juga meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini dan membantu meningkatkan jarak penglihatan jalan raya melalui pemasangan lampu jalan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Lawatan ke Tapak Projek Lampu Jalan LED di Perbandaran Padawan di Kuching pada Rabu.

Tan Kai menambah lampu jalan LED 120W itu direka dengan teknologi pencahayaan moden yang boleh meningkatkan kualiti pencahayaan secara keseluruhan sambil menjimatkan tenaga yang digunakan.

“MPP kami ambil inisiatif, bergerak ke hadapan untuk melaksanakan ini dengan bantuan JKR dan SESCO kerana kami komited kepada Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) Kami mahu menjadi majlis perbandaran yang komited kepada pembangunan mampan, dan juga mengurangkan jejak karbon,” ujarnya.

Tan Kai mengakui projek berkenaan bakal menjadi penanda aras bagi Sarawak Energy (SESCO) dalam menentukan hala tuju penggunaan lampu ini selain berharap ia dapat menggantikan penggunaan lampu jalan konvensional selepas ini.

“Ini yang pertama jadi sebagai projek perintis, maka kita akan melihat SESCO, apa komen SESCO, kerana SESCO mungkin menggunakan projek perintis ini untuk menentukan tarif mereka, untuk menentukan kos penyelenggaraan mereka pada masa hadapan,” katanya lagi.

Untuk rekod projek berkenaan dilaksanakan dalam tempoh tujuh bulan ini telah menelan belanja RM980,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan