Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kad kredit Affin Bank menawarkan kelebihan khusus untuk pemain golf. Foto hiasan Envato

Kad kredit Affin Bank tawar kelebihan untuk pemain golf

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Sept: Kad kredit Affin Bank menawarkan kelebihan khusus untuk pemain golf.

Menurut Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Affin Bank Mohammad Fairuz Mohd Radi, kelebihan tersebut boleh didapati menerusi AFFIN INVIKTA dan AFFIN World Mastercard.

Mohammad Fairuz Mohd Radi. Foto TVS

“Kad kredit AFFIN INVIKTA dan AFFIN World Mastercard menawarkan kelebihan eksklusif berkaitan golf, termasuk yuran hijau percuma di beberapa padang golf terbaik di Malaysia dan negara Asia Tenggara terpilih.

“Kad kredit ini akan menjadi teman perjalanan yang terbaik buat anda dengan menawarkan ruang istirahat premium percuma dan mengumpul mata ganjaran dengan lebih cepat,” katanya.

Pemain golf berpeluang nikmati ganjaran AFFIN INVIKTA, AFFIN World Mastercard | TVS

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pusingan Ketiga Affin Cards Golf Challenge 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, pengguna yang kerap menggunakan penerbangan boleh menebus jarak penerbangan daripada serendah 6,000 Mata Ganjaran Affin kepada 1,000 jarak penerbangan dengan Enrich, AirAsia atau Batik Air tanpa dihadkan pada penebusan jarak penerbangan.

“Sementara itu, kad kredit pulangan tunai kami menawarkan kelebihan kepada anda untuk mendapatkan kembali sehingga tiga peratus daripada perbelanjaan runcit anda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan peserta pertandingan untuk menggalakkan rakan dan keluarga memohon kad kredit bersempena Kempen Amazing Adventure with AFFIN Cards yang berlangsung sehingga 30 September ini.

Fairuz dalam masa sama berkata bahawa perlawanan golf hari ini bukan sahaja menyaksikan kemahiran dari setiap pemain malah, semangat kesukanan yang dipupuk dalam komuniti.

Pertandingan itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain dan Ketua Pegawai Media TVS Mohamad Sardon Zainal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan