Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS akan meningkatkan usaha diplomasi ekonomi negara serta membolehkan semua ahli untuk berkongsi manfaat. Foto Anwar Ibrahim (FB)

BRICS: Malaysia kekal hubungan perdagangan dengan semua

ByDouglas Elliot

KUCHING, 5 Sept: Malaysia akan mengekalkan hubungan perdagangan dengan semua negara meskipun telah menyatakan hasratnya untuk menyertai blok kuasa ekonomi BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS akan meningkatkan usaha diplomasi ekonomi negara serta membolehkan semua ahli untuk berkongsi manfaat.

“Secara tradisinya, kita mempunyai hubungan perdagangan yang kukuh dengan Amerika Syarikat dan Eropah dan China kekal sebagai salah satu rakan kongsi utama bagi Malaysia.

“Kita juga mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Rusia namun masih terdapat peluang yang besar untuk hubungan ini diperluaskan dalam pelbagai sektor,” katanya ketika berucap dalam sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF 2024) di Vladivostok, Rusia, hari ini.

Ujarnya, Malaysia mempunyai kelebihan untuk berkongsi kepakaran sebagai hab semikonduktor utama di rantau ini.

“Saya rasa rangkaian selatan global BRICS akan memberi kita peluang kepada amalan perdagangan yang adil.

“Kita tidak mahu ekonomi dimonopoli oleh sesuatu negara atau wilayah sahaja. Ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia tetapi negara Global South dan seluruh dunia,” katanya lagi.

Anwar kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke negara itu.

Pada Rabu, Anwar mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin dan menyatakan komitmen Malaysia bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dengan negara itu dalam pelbagai bidang.

Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan