Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Azhar Ahmad bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Majlis Persaraan Tahun 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Miri di sini hari ini. Foto, TVS.

80 peratus peruntukan RM5.8 bilion pendidikan Sarawak untuk pengurusan kakitangan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 5 Sept: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak membelanjakan 80 peratus daripada keseluruhan peruntukan RM5.8 bilion yang diterima daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pengurusan kakitangannya.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad berkata Sarawak menerima 10 peratus daripada keseluruhan peruntukan RM58.7 bilion kepada sektor pendidikan negara dalam Belanjawan 2024.

“Perbelanjaan untuk mengoperasikan sektor pendidikan di Sarawak mencecah RM5.3 billion.

“Angka ini sering menjadi tumpuan pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri yang bertanya mengenai kos pengoperasian pendidikan di Sarawak.

“RM 5.8 billion merupakan pelaburan dalam pendidikan di Sarawak, oleh itu saya ingin mengajak tuan-tuan, puan-puan supaya bersyukur atas segala khidmat dan kemudahan yang diterima untuk kita menabur bakti dalam bidang pendidikan yang sangat penting ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Majlis Persaraan Tahun 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Miri di sini hari ini.

Sementara itu beliau memaklumkan di Sarawak terdapat 1,460 buah sekolah dengan lebih 41,000 guru dan 10,000 kakitangan sokongan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan hampir 51,000 kakitangan. Jumlah pelajar pula mencapai sekitar 425,000 orang,” katanya.

Sehubungan itu Azhar turut menyeru para pendidik dan pihak berkepentingan untuk terus menghargai sumbangan besar ini serta berusaha meningkatkan mutu pendidikan di Sarawak.

Pada majlis itu, seramai 271 turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan